Monday, August 10, 2009

Pejabat Perhubungan Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah (P.A.I.P.S)































PEJABAT PERHUBUNGAN P.A.I.P.S.

Satu daripada aktiviti awal Persatuan adalah membuka sebuah Pejabat Perhubungan Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah (P.A.I.P.S). Pejabat tersebut berfungsi sebagai tempat pentadbiran dan juga pusat informasi Persatuan.

Pejabat Perhubungan ini mempunyai sebuah bilik pengerusi, bilik Setiausaha, bilik bendahari, ruang mesyuarat dan juga ruang pameran sejarah Institut Pertanian Sabah.

Pada awal tahun 2009, Pengurusan Institut Pertanian Sabah telah memberi izin kepada Persatuan untuk menggunakan bangunan sains domestik lama untuk dijadikan pejabat Perhubungan Persatuan. Namun segala kos-kos pembaik-pulih serta kelengkapan adalah atas tanggunggan Persatuan.

Maka dengan itu, AJK Persatuan serta beberapa bekas pelajar IPS dengan bantuan sekarela penuntut IPS telah mula melakukan kerja-kerja pembaikan serta pembersihan melalui beberapa siri gotong-royong yang telah dianjurkan oleh Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah.

Sedakat ini, kerja-kerja pembaikan dan mengecat serta pembersihan bangunan telah 90% siap. Kerja-kerja seterusnya adalah tertumpu kepada penyediaan alat-alat kelengkapan pejabat dan juga bahan-bahan pameran.

Dalam penyediaan bahan-bahan pameran, kami menghadapi masalah mendapatkan gambar-gambar terutamanya gambar graduation/konvokasyen berkumpulan bagi setiap tahun. Kami meminta kepada sesiapa yang ada gambar tersebut sila emelkan kepada exipstm@yahoo.com.my Sumbangan anda adalah amat bermakna dalam membantu Persatuan mengumpul bahan-bahan bersejarah untuk dipamerkan.